Berita Terkini
recent

Turki sokong Qatar, hantar tentera ke Doha

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengulangi pendirian menyokong Turki, selain menganggap tuntutan Arab Saudi, Emeriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir sebagai mengarut.

Menurut laporan Reuters, keempat-empat negara Arab tersebut menuntut Qatar mematuhi 13 tuntutan mereka.

Antara tuntutan tersebut diumpamakan 'merobek' kedaulatan Qatar sebagai sebuah negara.


"Mengenai senarai 13 tuntutan mereka...ianya langsung tidak boleh diterima dalam apa-apa keadaan," kata Erdogan dipetik temuramah bersama saluran France 24.

Selain itu, pangkalan tentera Turki di Doha juga dipaksa tutup.

Sebagai respons, Turki telah menghantar 100 pesawat kargo mengandungi bekalan dan merancang menghantar lebih banyak anggota tentera di Doha.

Setakat ini, dua kontinjen tentera Turki berserta kenderaan-kenderaan perisai sudah tiba di Doha semenjak krisis berkenaan bermula pada 5 Jun lalu.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.