Berita Terkini
recent

Tom Hanks Terima Anugerah Yayasan Arkib Negara

Aktor Hollywood, Tom Hanks dipilih menerima Anugerah Rekod Pencapaian tahunan Yayasan Arkib Negara susulan usahanya meningkatkan kesedaran mengenai sejarah Amerika Syarikat.

Yayasan Arkib Negara dalam satu kenyataan berkata, Hanks, 61, akan menerima anugerah itu dalam satu majlis pada 21 Oktober ini, bertempat di Muzium Arkib Kebangsaan di Washington.

"Saya teruja untuk menjadi sebahagian daripada acara ini," kata Hanks yang juga pemenang anugerah Oscar sebanyak dua kali.

Tahun lalu Hanks, yang terkenal dengan filem sejarah seperti 'Saving Private Ryan', 'Apollo 13', dan 'Bridge of Spies' adalah antara 21 penerima Pingat Kebebasan Presiden 2016, iaitu pingat tertinggi yang dianugerahkan kepada orang awam oleh Kerajaan Amerika Syarikat.

"Sudah menjadi sebahagian daripada tugas saya untuk menunaikan tanggungjawab seperti ahli sejarah, untuk memahami bahawa saya adalah sebahagian daripada usaha merekodkan keadaan manusia dan idea Amerika, walaupun ia sesuatu yang mengarut," katanya dalam kenyataan itu.
Powered by Blogger.