F Tiz Zaqyah Mahu Elak Suami Orang, Duda | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Tiz Zaqyah Mahu Elak Suami Orang, Duda

Selepas putus cinta hampir setahun lalu, aktres Tiz Zaqyah mengakui buat masa ini hatinya belum terbuka untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki.

Memetik laporan mStar online, Tiz berkata, dia lebih seronok menikmati kehidupannya yang kini lebih mudah tanpa sebarang masalah dalam sesebuah hubungan.

"Saya gembira dengan kehidupan sekarang kerana tidak pening kepala dan asyik bergaduh. Buat masa ini kita buat sahaja apa kita suka.

"Saya percaya kalau ada jodoh itu, ia akan sampai juga, tapi kalau boleh biarlah yang belum pernah berkahwin," ujarnya.

Katanya, kegagalan bercinta membuatkan dia lebih matang dan terbuka berkongsi soal peribadi. Namun begitu, Tiz lebih memilih dalam berkongsi hal peribadi di laman-laman sosial.

"Dulu memang rasa seronok berkongsi apa sahaja di laman sosial, tapi sekarang saya jarang berkongsi terutama hal peribadi," ujarnya.

Perkembangan lain, Tiz bakal muncul menerusi filem televisyen, Memori Pajeri Nenas yang akan ditayangkan di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 20 Julai depan.
ot;1" />

Powered by Blogger.