Berita Terkini
recent

Tiga wanita maut, bayi cedera dalam kemalangan

 Tiga wanita maut manakala tiga cedera termasuk seorang bayi berusia tujuh bulan dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 56.8 Jalan Kuala Kangsar - Gerik, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang berhampiran Kampung Ayer Kala itu, tiga mangsa di dalam kereta jenis Perodua Myvi, Wong Mee Lai, 47, Foke Yoke Wah, 25 dan Woke Mei Yong, 44, maut di tempat kejadian.

Manakala, seorang guru dan bayi berusia tujuh bulan dalam pangkuannya yang menaiki kereta jenis Proton Exora cedera dan menerima rawatan di Hospital Gerik.


Ketua Polis Daerah Gerik, Superitendan Ismail Che Isa mengesahkan laporan kejadian ketika dihubungi tadi dan menegaskan siasatan lanjut sedang dijalankan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.