Berita Terkini
recent

Tiada Perkahwinan Lee Si Young

GOSIP mengenai pelakon Lee Si Young, 35, bakal berkahwin tidak lama lagi mula berterbangan sejak minggu lalu.

Namun, agensi pengurusannya tampil menjelaskan bahawa tidak ada perkahwinan yang akan berlaku pada masa terdekat.

"Memang benar Lee Si Young sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang dan serius untuk melangkah ke alam perkahwinan memandangkan usianya sesuai untuk ke arah itu.

"Bagaimanapun, yang pasti tiada lagi perancangan terdekat untuk mengadakan masjlis tersebut seperti yang dilaporkan," kata wakil agensi pada Rabu.


Tambah lagi, buat masa kini pelakon wanita tersebut sedang sibuk dengan jadual penggambaran drama. Tiada perbincangan mengenai perkahwinan waktu ini.

"Dia pun masih sibuk dengan jadual penggambaran drama dan belum ada masa untuk berbincang tentang hal tersebut," ujarnya.

Lee Si Young mula bercinta dengan seseorang yang bukan dalam kalangan selebriti sejak pertengahan tahun lalu. Teman lelakinya bekerja dalam bidang industri pemakanan.

Sementara itu, drama lakonan Lee Si Young yang bertajuk Lookout baru sahaja tamat sirinya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.