Berita Terkini
recent

Tiada Kejujuran Antara Jay-Z & Beyonce

PENYANYI rap Jay-Z mendedahkan perkahwinannya dengan Beyonce bukan berdasarkan kejujuran 100 peratus seperti disangkakan oleh peminat.

Jay-Z berkata, hubungannya dengan Beyonce mula retak kerana tiada kejujuran dan ia tidak dapat disorokkan daripada pengetahuan umum sehingga timbul pelbagai spekulasi mengenainya.

"Kami membina sebuah mahligai yang cukup indah dalam perhubungan kami tetapi tidak cukup kuat apabila ia tidak berlandaskan kepada kebenaran dan kejujuran.

"Harus saya akui mahligai yang saya bina itu mula retak dan paling sukar ia menjadi perhatian orang ramai," katanya.

Pendedahan itu dibuat Jay-Z menerusi sebuah dokumentari mini berjudul Footnotes for 4:44 yang membincangkan soal hubungan dengan wanita, perkahwinan dan kecurangan.

Dokumentari itu dihasilkan sebagai mempromosikan album terbaharunya 4:44 yang mendapat perhatian ekoran ia sarat dengan pengakuannya berhubung gosip mengenai perkahwinan mereka.

Menerusi program itu, Jay-Z turut duduk bersama beberapa lagi selebriti terkenal seperti Chris Rock, Will Smith, Kendrick Lamar, Aziz Ansari dan Mahershala Ali untuk membincangkan perkara itu.

Dalam pada itu, Jay-Z memberitahu dia mula sedar akan kesilapannya apabila Beyonce mengambil keputusan untuk meninggalkannya.

Katanya lagi, ketika itu dia merendahkan ego sebagai lelaki demi menyelamatkan rumah tangganya kerana tidak mahu hidup tanpa isterinya itu.

"Ketika itu kami sedang bercuti di atas bot dan ia saat paling indah namun Beyonce sudah bersedia untuk meninggalkan saya.

"Saya tidak pernah rasa seperti ini dan saya meminta dia untuk tinggalkan saya," katanya seperti dilaporkan People.

Jay-Z juga memberitahu dia mula sedar kejujuran adalah sangat penting dalam setiap perhubungan terutamanya bagi pasangan yang sudah berkahwin.

Pasangan itu berkahwin pada 2008 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Blue Ivy Carter selain pasangan kembar iaitu Rumi Carter dan Sir Carter.
ot;1" />
Powered by Blogger.