Berita Terkini
recent

‘The Rock’ Pelakon Paling Kaya Di Dunia

Bekas gusti popular The Rock, atau Dwayne johnson dinobatkan sebagai selebriti Hollywood lelaki meraih pendapatan paling tinggi, 20 juta dolar lebih banyak berbanding pendapatan pelakon wanita paling kaya, Jennifer Lawrence.

Dwayne Johnson berada di tangga pertama carta majalah Forbes dengan pendapatan 64.5 juta dolar berbanding 48.8 juta dolar tahun lalu.

Pendapatannya meningkat mendadak berikutan bayaran yang diterima untuk filem aksi fenomena,‘Fast and Furious ’ menewaskan rakannya, pelakon Robert Downey Jr, yang pernah mendominasi carta bayaran tertinggi tiga tahun berturut-turut.

Tahun ini, Robert sekadar di tangga ke lapan dengan pendaptan 33 juta dolar.

Dalam pada itu, bayaran pelakon lelaki di Hollywood menerima kritikan penggiat filem dan media selepas melebihi bayaran pelakon wanita

Hal itu seperti diskriminasi jantina dalam industri filem apabila bayaran yang diberikan tidak setanding dan terlalu jauh berbeza di antara pelakon lelaki dan wanita.

Malah 18 pelakon lelaki meraih bayaran 20 juta dolar termasuk bintang asia, Jackie Chan, yang berada di belakang Dwayne dengan pendapatan 61 juta dolar.

Manakala Matt Damon, Tom Cruise dan Johnny Depp masing-masing berada di dalam lima teratas.
Jennifer Lawrence jika diikutkan hanya berada di tangga ke enam untuk keseluruhan senarai pelakon Hollywood di belakang pelakon lelaki Ben Affleck dan Vin Diesel.

Dalam pada itu, dua pelakon Asia dari Bollywood iaitu Shah Rukh Khan (33 juta dolar) dan Akshay Kumar (31.5 juta dolar) berada dalam senarai 10 teratas.

Awal tahun lalu, Dwayne yang suatu ketika dahulu bergelut dengan masalah kewangan di zaman remajanya membidas kenyataan Jennifer yang berjuang menentang diskriminasi bayaran di Hollywood.

Menurut Dwayne, apa yang perlu Jennifer lakukan adalah bekerja lebih keras. Namun Jennifer tidak memberikan sebarang respon apatah lagi pelakon cantik itu tidak mempunyai akaun sosial media.
ot;1" />
Powered by Blogger.