Berita Terkini
recent

Teruja berganding dengan Neelofa ALIF SATAR

Bakal bergandingan bersama pelakon cantik Neelofa menerusi drama bersiri Red Velvet, Alif Satar akui tidak ada masalah apabila ada peminat mula mewujudkan hashtag nama mereka iaitu #alofa.

Bagi Alif, dia tidak ada hak menghentikan apa yang peminat lakukan sebaliknya gembira kerana peminat menghargai apa yang dia lakukan untuk industri.

“Tidak ada isu untuk saya marah dalam soal ini. Tidak saya nafikan ada peminat sampai bergaduh membuat hashtag nama artis kesayangan mereka.

“Bagi saya, sebagai artis kita perlu mengajar mereka supaya lebih faham ini hanya drama dan tidak perlu terlalu emosional,” katanya.

Setakat ini, Alif selesa kerana apa yang peminat lakukan hanyalah untuk watak lakonannya saja.

“Saya lihat apa yang peminat lakukan lebih kepada menyukai watak yang saya lakonkan. Oleh itu, saya tidak ada masalah soal hashtag ini.

“Bukan saya saja, mana-mana artis akan mengalami keadaan yang sama. Saya juga bersyukur isteri memahami malah sangat teruja apabila mendapat tahu saya bakal bergandingan dengan Neelofa,” katanya.

Drama bersiri 20 episod arahan Michael Ang itu akan menampil­kan Alif sebagai pembuat bakeri.

Dalam pada itu, Alif turut memegang watak sebagai cef menerusi filem TV berjudul Memori Pajeri Nanas bergandingan dengan Tiz Zaqyah dan Siti Saleha yang disiarkan di Astro First Ekslusif bermula 20 Julai ini.

Alif akui teruja dan gembira kerana hasrat berlakon bersama Tiz akhirnya terlaksana menerusi filem ini.

“Pastinya saya gembira apabila diberi peluang bergandingan dengan pelakon hebat seperti Tiz dan Saleha.

“Saya gembira apabila diberi cabaran baru menerusi watak yang jarang saya lakonkan. Jika ada peluang saya mahu berlakon dengan Fasha Sandha.

“Rasa seronok apabila melakukan perkara yang saya suka dan dapat pula bergandingan dengan pelakon yang hebat seperti mereka ini,” katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.