F 'Tenang rasanya hidup begini' | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

'Tenang rasanya hidup begini'

Hidayah itu milik Allah dan tidak terkecuali buat Mizz Nina yang berhijrah menjalani kehidupan baru pada 2013.

Jika sebelum ini aktivitinya banyak terarah kepada bidang nyanyian, kini berubah sepenuhnya apabila lebih berminat mendalami ilmu agama termasuk menghadiri kelas membaca al-Quran.

Pemilik nama sebenar Shazrina Azman, 37, ini mengakui hari-harinya semakin bermakna berbanding dahulu.

“Tenang rasanya menjalani kehidupan begini. Biasanya setiap pagi saya akan membaca al-Quran dan hujung minggu saya ada kelas mengaji pula.

“Tak dinafikan untuk memulakan sesuatu pasti berdepan dugaan terutama rasa malas tetapi saya paksa juga baca al-Quran dan kini ia dah jadi rutin harian,” katanya.

Bagi melengkapi penghijrahannya, isteri kepada Noh Hujan ini sentiasa memperbaiki diri serta positif dengan kehidupan mendatang.

“Saya percaya tiada istilah terlambat dalam mengenali Allah serta memulakan kehidupan baru yang lebih bermanfaat.

“Untuk melakukan penghijrahan besar dalam hidup bukan mudah. Kita perlu ada kekuatan dalaman serta pendirian yang tetap agar tak menoleh ke belakang,” katanya.

Mizz Nina yang mengakui mempelajari Alif Ba Ta dan al-Quran pada usia 30 tahun berkata, kawan rapat juga memainkan peranan penting terutama untuk mengingatkan agar melakukan perkara baik dan menghindari perkara negatif.

“Syukur segala-galanya berjalan dengan baik. Untuk berubah kita perlu buang jauh-jauh perasaan malu.

“Sekarang, saya masih belajar sebutan ayat al-Quran dengan tepat dan betul,” katanya.

Terbitkan The Mizz Nina Show

Seiring dengan penghijrahannya, Mizz Nina bersama rakan kongsinya, Syahir Ismail dan Ili Zuhair Amdan menubuhkan DopsTV (Deen of Peace Studios), sejak setahun lalu.

Gandingan mereka dalam beberapa program antaranya Always a Traveller, Beyond Translation dan Walk His Way serta penubuhan laman sesawang rasmi, dops.tv di YouTube mendapat sambutan hebat daripada penonton.

Oleh itu, ia mendorong mereka tampil dengan program bual bicara Inggeris padat dengan maklumat berkaitan Islam iaitu The Mizz Nina Show.

Program ini disiarkan di Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD setiap Isnin dan Selasa, jam 11 malam sejak 12 Jun sehingga Aidilfitri lalu.

Rancangan ini mengambil inspirasi daripada program antarabangsa sedia ada seperti The Oprah Winfrey Show dan The Ellen DeGeneres Show.

“DopsTV adalah medium saya berkongsi perjalanan menimba ilmu dan mempelajari Islam dengan lebih mendalam.

“Saya terpanggil untuk buat lebih banyak program berinspirasi buat tatapan penonton. Pada usia ini, saya perlu berkongsi hal yang bagus dan beri manfaat,” katanya.
ot;1" />
Powered by Blogger.