Berita Terkini
recent

Telur Puyuh Rahsia Kurus & Cantik Soyou

Bintang K-Pop, Soyou, mendedahkan telur puyuh adalah rahsia dia berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak lapan kilogram hanya dalam masa sebulan sahaja.

Soyou yang muncul dalam program SBS Entertainment Night mendedahkan diet ‘gila’ dengan hanya mengambil 4 telur puyuh setiap hari sepanjang tempoh diet.

Soyou mengambil sekurang-kurangnya empat biji telur puyuh setiap pagi bersama segelas susu sebelum melakukan senaman.

“Tiada rahsia istimewa cuma setiap hari selepas bangun dari tidur, saya akan makan telur puyuh tanpa kuningnya bersama susu segar,” katanya.

..

Menurut Soyou lagi, untuk mendapatkan penurunan berat badan yang konsisten senaman juga penting dan dia turut gemar melakukan yoga.

Walaubagaimanapun, diet sebegini tidak disyorkan kepada semua kerana ianya memudaratkan.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.