F Tak Pasti Di Mana Silapnya? - Aman Aziz | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Tak Pasti Di Mana Silapnya? - Aman Aziz

HANYA sempat menikmati populariti dalam masa singkat menerusi single Without You, bekas naib juara Akademi Fantasia 2014 (AF2014) Aman Aziz  menerima hakikat bukan mudah untuk berjaya.
"Tiga tahun berada dalam industri, saya harus akui nama saya kurang menyinar berbanding nama-nama lain yang hadir selepas kemunculan saya.

"Saya tidak pasti di mana silapnya dan sekarang bukan waktunya untuk saya salahkan sesiapa sebaliknya harus mempunyai perancangan A, B dan C agar dilihat terus produktif," katanya .

Selepas Without You, Aman, 24, sebelum ini pernah menghasilkan single keduanya berjudul Layang-Layang namun lagu tersebut dilihat kurang mendapat perhatian industri muzik tempatan.
Hal ini sekali gus membuatkan namanya kurang menjadi sebutan di saat munculnya lagu-lagu baru daripada artis  antaranya Aiman Tino, Khai Bahar, Haqiem Rusli dan Tajul Ariff.

Pun begitu kata Aman atau Mohammad Razman bin Abdul Aziz, di saat popularitinya jatuh, dia tidak pula terus mengenang nasib sebaliknya mulai aktif dalam lapangan perniagaan.

"Saya merupakan bekas graduasi diploma Seni Reka Grafik dengan kepujian Dekan di Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat dan dengan kepakaran yang ada, saya banyak terlibat dengan kerja-kerja grafik secara sambilan di rumah. Setidak-tidak adalah juga pendapatan.

Di sisi lain, jejaka kelahiran Klebang, Melaka ini juga mempunyai koleksi baju Melayu dan kurta keluarannya sendiri bawah jenama AmanAz.

Kata Aman, sejak ia diperkenalkan setengah tahun lalu, sambutan yang diterima amat menggalakkan.
"Alhamdulillah, pada Ramadan sehingga menjelang ke musim perayaan Aidilfitri yang lalu, sebanyak 500 unit baju melayu dan kurta dari koleksi AmanAz hampir habis terjual.

"Setidak-tidaknya saya ada juga pendapatan untuk terus survive sementara tunggu single ketiga saya berjudul Sulit dilancarkan pada penghujung Ogos depan," katanya.


ot;1" />
Powered by Blogger.