Berita Terkini
recent

Tak Mahu Popular Kerana Cerita Buruk

Pelakon Shukri Yahaya, 29, mengakui terkesan dengan isu yang mengaitkan dirinya baru-baru ini kononnya dia cuba menggoda seorang wanita dikenali sebagai Sarah Danielle selain mengeluarkan perkataan-perkataan lucah menerusi aplikasi WeChat.

Memetik laporan Kosmo! bintang drama Andainya Takdir itu berkata mulanya selepas mendapat tahu berita itu daripada seorang rakan, dia cuma ketawa sebab fikir ia hanya perkara biasa. Namun, dia menyedari isu itu mampu menimbulkan masalah jika tidak ditangani dengan baik.

Jujurnya, ia memberi kesan terhadap saya. Kalau ada babak pegang tangan atau bersentuhan dengan pelakon perempuan walaupun watak ibu dalam lakonan pun, saya jadi takut, apatah lagi kalau mahu pandang perempuan.

Demi tidak mahu memanjangkan dia mengambil pendekatan berdiam. Namun begitu, paling dirisaukan jika masyarakat lebih mengenalinya dengan cerita sebegitu berbanding hasil kerjanya.

"Seboleh-bolehnya, saya tidak mahu popular kerana cerita buruk, ia bukan publisiti yang baik untuk seseorang artis. Jadi, mengapa saya perlu layan cerita sebegitu?

"Sedangkan saya langsung tidak kenal siapa dan dari mana wanita itu datang. Saya tidak mahu melayan isu ini sebab tidak mahu apa sahaja niat buruk yang dihajati pihak tersebut akan tercapai," katanya.

Menganggap semua ini sebagai asam garam kehidupan sebagai selebriti, Shukri bagaimanapun bersyukur memiliki seorang isteri yang sangat memamahi dan mempercayainya.

Shukri mendirikan rumah tangga dengan Tya Adnan pada 20 November 2015. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan Aaira Ameena yang lahir pada 24 Ogos 2016.

Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.