Berita Terkini
recent

‘Tak lah, depa gurau-gurau ja’ – Fikry Ibrahim

Wah, nampaknya drama bersiri Hero Seorang Cinderella telah mengubah nasib dan meletakkan nama pelakon-pelakon mereka di satu tahap yang lebih tinggi.

Selain main character mendapat perhatian, second lead untuk drama ini juga mendapat pujian kerana mutu lakonan mereka.

Tidak dinafikan selain Uqasha Senrose, Fikry Ibrahim juga turut dikatakan berjaya membawa watak dengan baik.

Malah ramai yang mula mempercayai bakat lakonannya sehinggakan ada yang mula menjadi peminat tegar anak kelahiran Jitra, Kedah ini.

Lucunya, menurut sebuah portal hiburan tempatan, Fikry terima pelbagai jenis mesej daripada peminat.
Ada yang tidak berhenti memuji dan ada juga yang bergurau mengusiknya.

Apabila Kakigosip cuba mendapatkan jawapannya dan bertanya adakah benar ada peminat mengajaknya kahwin? Jawapannya pendek namun cukup jelas.

“Takda lah, depa gurau-gurau ja dekat DM,” katanya pada Kakigosip

Tidak memandang serius terhadap perkara ini, Fikry juga berkata itu hanyalah gurauan daripada peminat dan strategi untuk memulakan perbualan.

Selain itu, Fikry juga ada mengatakan dia lebih selesa berdiam diri dan mengambil langkah untuk tidak membalasnya kerana bimbang jika ada yang salah faham.

Menurutnya lagi, besar kemungkinan peminat hanya jatuh cinta dengan watak yang dipegangnya dalam drama HSC.
“Mungkin mereka mahu berkahwin dengan “Farizzam”, bukannya saya,” katanya lagi.

Walaupun ada sesetengah peminat yang masih berusaha untuk menjodohkan Uqasha dengannya, Fikry tidak mahu memberi apa-apa komen tentang pekara tersebut kerana tidak mahu memberi harapan kepada sesiapa.

Tambahnya lagi dia tidak akan menolak jika digandingkansekali dengan Uqasha dalam mana-mana drama akan datang.
Powered by Blogger.