F ‘Tak Baik Abaikan Ibu dan Bapa’ – Saharul Ridzwan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

‘Tak Baik Abaikan Ibu dan Bapa’ – Saharul Ridzwan

Pelakon lelaki yang kini sudah bergelar seorang bapa, Saharul Ridzwan gembira dengan pengalaman baru yang dilalui olehnya dan isteri selepas mempunyai anak.

Pada 6 jun yang lalu, pasangan Saharul dan isterinya, Qaabila Deena Emir telah dikurniakan seorang putera, Muhammad Luth Ali yang merupakan anak sulung mereka.

“Sangat seronok apabila ada anak kerana ia memberi pengalaman baru kepada saya dan isteri.

“Banyak perkara yang kami pelajari tak kira kecil atau besar. Semuanya mendidik kami menjadi ibu bapa terbaik. Kehadiran Ali memberi erti cukup besar betapa payah menjadi ibu dan ayah,” katanya.
Saharul mengakui tugas sebagai ibu dan bapa ini bukan mudah dan banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan untuk membesarkan anak. Dia juga berasa kesal kerana ada anak yang sanggup melupakan orang tua mereka.

“Apabila anak sudah besar, ada yang membawa haluan sendiri dan mengabaikan ibu bapa… Tak elok buat macam itu.

“Semua ini ibarat putaran… Akhirnya, tak mustahil akan datang juga (balasan) kalau kita tak berbuat baik kepada ibu bapa. Jadi, hargailah ibu bapa selagi mereka masih ada,” katanya lagi.

Apabila ditanya bagaimana cara Saharul dan isteri mengasuh anak di rumah, dia memberitahu, pada mulanya Deena sedikit kekok dengan rutin sebagai ibu tetapi baginya itu adalah sesuatu yang normal untuk orang yang pertama kali bergelar ibu.

“Ia normal. Bayangkan setiap setengah jam anak nak minum susu. Sampai tidur saya dan isteri pun tak cukup dan tak menentu,” jelasnya.

Kata Saharul lagi, walaupun kadang-kadang dia pulang ke rumah dalam keadaan letih namun setiap kali melihat wajah anak rasa letih itu akan hilang.

“Senyuman Ali bagai sakti yang membuatkan saya lupa segala-galanya di luar. Biar apapun, keutamaan saya sekarang lebih kepada keluarga. Kerja kuatpun sebab keluarga tersayang,” beritahunya.

Memang benar apa yang dikatakan Saharul itu, bila melihat wajah anak memang segala keletihan yang dirasai akan hilang begitu sahaja.

Semoga anak Saharul membesar dengan sihat dan menjadi kebanggaan buat kedua ibu bapanya apabila sudah besar kelak.
ot;1" />
Powered by Blogger.