Berita Terkini
recent

(TAHNIAH) Zizie Izzete Hamil Anak Kembar

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Ziezie Izette kerana baru sahaja mengumumkan status kehamilannya menerusi akaun Instagram.

Siapa sangka, setelah lama menanti akhirnya Zizie berjaya bakal menimang cahaya mata bukan satu tetapi dua sekali gus.

Melalui posting tersebut, Zizie memberitahu dia bakal melahirkan anak kembar hujung tahun ini atau awal bulan tahun hadapan.

“I want to announce my latest productions. They will debut in Dec/Jan. . We’re having twins!!!,” tulisnya.
Zizie juga memberitahu pada mulanya dia ingin merahsiakan terlebih dahulu tentang kandungannya sehinggalah masuk ke trimester kedua namun perkara tersebut tidak berjaya kerana ada pihak yang telah menghidu statusnya.

“Unfortunately, we were denied the privilege to announce this big and special news to you personally and at our own time as some of you may have read in the papers today. .

“Well, it is done. I will continue this journey with a lot of gratitude & positivity,” tulisnya lagi.
Di fahamkan kandungan Zizie kini telah berada di trisemester kedua. Malah Ziezie juga telah memaklumkan peminatnya yang dia sedang mengandung ketika pengambaran cerita Hero Seorang Cinderella dijalankan.

“Yes i was preggers during HSC,” Jelasnya di ruangan komen.

Selain peminat beberapa rakan artis juga turut mengucapkan tahniah padanya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.