Berita Terkini
recent

Tahniah Fiza Halim, Nikah Juruterbang Duda

AGAK lama tidak mendengar cerita bekas anggota kumpulan Elite iaitu Fiza Halim selepas perceraian kali keduanya bersama penyanyi Adam (Akademi Fantasia musim kedua) pada Januari tahun lalu.

Namun ketika umat Islam menyambut kemeriahan Syawal pada Ahad lalu, Fiza, 36, dilihat terbuka memuatnaik beberapa keping gambar mesra bersama seorang lelaki yang tidak kurang segaknya.
Hal ini sekali gus mengundang pertanyaan netizen, adakah itu suami terbaharu beliau? Persoalannya, bila dia kahwin?

Selidik punya selidik, memang sah pemilik nama Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim ini sudah bergelar isteri orang.

Pandai nampaknya Fiza simpan rahsia ye! Tahu-tahu dah kahwin hihi.

Difahamkan suami Fiza yang dikenali sebagai Jefri itu merupakan seorang juruterbang yang juga duda anak tiga.
Fiza menerusi beberapa keping gambar yang dimuatnaik dilihat mesra sedang membetulkan butang baju Melayu yang dipakai oleh suaminya itu.

Malah menerusi instagram milik Jefri iaitu @aljefri87, beberapa keping gambar dia dan Fiza sedang bersalaman di hari raya dengan kapsyen @aljefri87: "Raya pertama done with my wifey" menjelaskan lagi hubungan tersebut.

Cubaan untuk menghubungi tuan empunya diri, namun sehingga kini tiada maklumbalas yang diberi oleh Fiza.

Mungkin buat waktu sekarang pelakon filem Nana Tanjung 2 ini belum sedia berkongsi hubungannya dengan pemuda berkenaan.

Menyorot kisah perkahwinan Fiza dan Adam sebelum ini, pasangan ini bernikah pada September 2013 tetapi mereka tidak dikurniakan anak.

Adam dan Fiza bercerai pada 28 April 2014 tetapi rujuk pada tahun sama.

Namun, tahun lalu, Fiza sekali lagi nekad menuntut cerai kerana melihat hubungan mereka tidak boleh dipertahankan lagi.

Buat kali kedua, Adam menceraikan Fiza dengan talak satu di rumah mereka di Gombak pada 21 September tahun lalu.

Mereka kemudian mengesahkan lafaz cerai di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Disember tahun lalu.


Powered by Blogger.