Berita Terkini
recent

(TAHNIAH) Atlet Paralimpik Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Harumkan Nama Negara

Atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli berjaya mencipta rekod baru dunia dalam acara lontar peluru lelaki F20 dalam kejohanan Olahraga Para Dunia sekali gus menghadiahkan emas pertama negara pada Kejohanan Paralimpik Dunia IPC di London Sabtu lalu.

Lontaran Sejauh 17.29 meter, Ziyad menewaskan atlet dari Ecuador, Stalin Mosqure yang meraih perak dengan jarak 16.72 meter, memperbaharui rekod dunia miliknya.

“Saya selalu impikan untuk melakukannya dan malam ini saya berjaya. Rekod dunia, juara Paralimpik dan kini juara dunia – ia sangat bagus,” jelasnya.


Selain itu, aksi yang membanggakan oleh atlet paralimpik dalam sukan lompat jauh, Abdul Latif Romly terus cemerlang apabila meraih emas dalam Kejohanan Paralimpik Dunia IPC di London kelmarin.

Kejayaan Abdul Latif ini sekali gus menjadikan dua pingat emas terkumpul buat negara selepas Ziyad menyumbang emas dalam acara lontar peluru sebelum ini.

Pingat perak diraih oleh atlet dari Croatia, Zoran Talic dengan lompatan 7.32m manakala gangsa milik Dmytro Prudnikov dari Ukraine 7.12m.



Mengulas lanjut, Jeganathan yang juga pengurus skuad negara ke London berkata barisan jurulatih paralimpik negara berbangga dengan kejayaan dua emas yang diraih atlet negara pada kejohanan kali ini.

Terdahulu, pada tahun 2016, kedua atlet ini juga telah mengharumkan nama Malaysia apabila meraih pingat emas di Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.
Selain itu,lebih membanggakan, Ziyad dan Latif berjaya mencipta rekod dunia pada temasya itu dalam acara masing-masing sekaligus menaikkan nama Malaysia.

Kakigosip berharap agar atlet lain akan turut bersemangat dalam meneruskan perjuangan mereka untuk mengharumkan nama negara di pentas dunia.
Powered by Blogger.