F Tahniah! Aliff Aziz Dapat Anak Lelaki | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Tahniah! Aliff Aziz Dapat Anak Lelaki

TAHNIAH buat penyanyi Aliff Aziz dan isteri yang baharu sahaja menimang cahaya mata lelaki pada petang Sabtu.

Aliff atau Mohamad Aliff Aziz, 26, menerusi instagramnya @aliffaziz91 telah memuat naik gambar dia sedang memangku bayinya di sisi isteri tersayang, Bella.

Bagaimanapun Aliff bertindak untuk tidak mempamerkan wajah anaknya itu.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Aliff jelas bersyukur dengan kehadiran puteranya yang diberi nama Mohamad Ayden Adrean.


"Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT, pada hari mulia ini lahirnya anakandaku dengan selamat. Terima kasih mummy telah menjadi wanita paling kuat melalui saat getir untuk kelahiran anak yang comel ini.

"Inlah hari yang daddy dan mummy tunggu-tunggu. Selamat datang dalam keluarga kita Mohamad Ayden Adrean, kamu akan menyinari kehidupan kami kini dan selamanya," tulis Aliff.

Peminat penyanyi itu turut mengucapkan tahniah kepada pasangan itu atas kelahiran anak mereka.

Aliff dan Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 23, berkahwin pada 9 September tahun lalu.
ot;1" />
Powered by Blogger.