F Syatilla Takut Nak Serah Anak Bagi Orang Lain Jaga | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Syatilla Takut Nak Serah Anak Bagi Orang Lain Jaga

Pada penghujung bulan Mei yang lalu, pelakon wanita, Syatilla Melvin yang merupakan isteri kepada aktor, Shaheizy Sam telah selamat melahirkan bayi sulung mereka.

Kelahiran Sheriv Samheizy kini telah menambahkan lagi keceriaan dan kebahagiaan dalam rumah tangga Syatilla dan Sam.

Seperti ibu-ibu lain, pastinya sifat keibuan terselah dalam menjaga dan melindungi anaknya daripada sebarang faktor yang boleh menyakiti anaknya.

Begitu juga Syatilla yang kini lebih selesa untuk menjaga anaknya sendiri tanpa sebarang bantuan daripada pembantu.

“Saya selesa menjaga anak tanpa bantuan daripada pembantu rumah. Malah saya pun tak pernah terfikir nak ambil pembantu rumah,” kata Syatilla.

Syatilla juga berkata bahawa dengan mendengar berita yang melibatkan pembantu rumah dan anak majikan yang sering tular sekarang ini, membuatkan dia takut untuk menyerahkan anaknya di bawah jagaan orang lain.
“Cerita ‘ngeri’ membabitkan pembantu rumah membuatkan saya jadi takut jika dibiarkan anak kepada orang lain… Itulah yang menghantui tidur saya,” katanya lagi.

Terdahulu, Syatilla dan Sam telah mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan majlis pernikahan mereka telah diadakan di kediaman keluarga Syatilla di Jawi, Pulau Pinang.

Syatilla menerima mas kahwin sebanyak RM10,082 bersama tujuh dulang hantaran berbalas sembilan. Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri teman rapat dan keluarga terdekat.
ot;1" />

Powered by Blogger.