F Syafiq Kyle Buli Hannah Delisha | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Syafiq Kyle Buli Hannah Delisha

Amboi bukan main lagi kedua-dua pelakon Mencintaimu Mr. Photographer (MMP) ya.
Semakin hari Kakigosip nampak semakin akrab. Malah tidak dinafikan mereka berdua ni nampak semakin serasi bersama.

Semalam pelakon Syafiq Kyle telah memuat naik sebuah video mempromosi drama MMP di Instagramnya.

Apa yang menarik Syafiq sempat membuli Hannah yang comel dengan karakter seperti kebudak-budakan.

Difahamkan, video ini sebenarnya telah lama dirakamkan tetapi baru semalam Syafiq berkesempatan untuk muat naik ke akaunnya.

“Baru perasan ada video ni. Seronok gak buli budak ni. Ikut je macam parrot.Please ignore the fact ni video nak promote ep5. Malam ni episode 10 ok?!,” Katanya di ruangan kapsyen.

Malah ada juga peminat yang mendoakan agar mereka berdua akan disatukan dan bertemu jodoh kerana dikatakan serasi bersama.

Bukan itu sahaja, ramai juga yang tidak berhenti mengelarkan pasangan ini sebagai pasangan paling sweet.

ot;1" />
Powered by Blogger.