Berita Terkini
recent

Susah Dapat Tawaran Gara-gara Payudara Terlalu Besar

Emily Ratajkowski selama ini lebih dikenal sebagai seorang model. Namun, baru-baru ini dia kembali membuktikan bakat lakonannya menerusi film baru berjudul Cruise.

Tidak seperti kebanyakan model lain, membina kerjaya di bidang lakonan bukan sesuatu yang mudah bagi ini gadis cantik berusia 26 tahun ini .

Dalam satu temubual, Emily mengaku sukar mendapat tawaran gara-gara payudaranya terlalu besar.

"Hal ini terjadi pada saya, "Oh, ia terlalu seksi'," katanya seperti yang dilaporkan Cinemablend.

"Itu seperti seorang yang anti wanita, orang-orang tidak ingin bekerjasama dengan saya karena payudara saya terlalu besar. Apa yang salah dengan payudara? Mereka adalah keindahan wanita yang perlu dikagumi. Ia ada yang sangat besar, ada yang kecil. Mengapa itu menjadi masalah?"

Kredibiliti lakonn model Sports Illustrated ini seperti diremehkan apabila banyak studio filem yang hanya menginginkan dirinya tampil sebagai wanita seksi.

"Saya lebih tertarik bekerja dengan sutradara yang bagus dan tidak hanya di projek yang menarik daripada di studio filem besar yang membuat kamu hanya memakai bikini.

"Saya menolak banyak filem, tetapi saya harus berjuang untuk beberapa tawaran yang benar-benar saya inginkan," katanya.

Walaupun berdepan dengan cabaran dalam mendapatkan tawaran di dunia lakonan, Emily Ratajkowski berjaya menarik perhatian pencinta film menerusi beberapa watak yang dilakonkan sebelum ini.

Di antaranya, sebagai Andie Fitzgerald dalam filem Gone Girl dan watak Sophie untuk filem We Are Your Friends. Dia juga pernah muncul sebagai cameo dalam filem Entourage.
ot;1" />
Powered by Blogger.