F Suntikan baru Uda & Dara | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Suntikan baru Uda & Dara

KERAP kali dipentaskan, namun karya agung Usman Awang iaitu Uda & Dara tetap menjadi pilihan.

Terbaru, naskhah daripada sasterawan negara itu bakal dipentas sekali lagi bahkan tampil dengan suntikan yang lebih segar.

Bukan lagi mengenai kisah percintaan di antara Uda & Dara sebaliknya lebih berkisar kehidupan masyarakat petani.

Lantaran itu, teater muzikal ini dinamakan sebagai Uda & Dara: Adaptasi Utih dan bakal diarahkan oleh aktivis teater terkenal, Dinsman atau nama sebenarnya Shamsudin Osman.

“Pementasan ini lebih berkisar kepada perjuangan Utih menentang ‘musuh’ petani.

“Utih ialah lelaki asing yang sangat aneh, bebas, berani dan bijak serta bergelar petani di dalam sebuah kampung.

“Sebenarnya, saya anggap Utih sebagai satu perwatakan orang Melayu yang terbaik daripada Usman.

“Sebab itu, saya tertarik untuk mementaskannya,” katanya pada Media Hiburan.

Lebih menarik, katanya, bagi mendapatkan suasana yang sebenar, teater muzikal ini bakal dipentaskan di kawasan sawah padi di Parit Dua Barat, Jalan Balai Polis, Sungai Besar.


“Saya mahu pentaskan ia dalam suasana yang berbeza selain tampil dengan penuh kelainan,” katanya.

Bakal diterajui oleh pelakon teater terkenal dari Indonesia iaitu Ilhandi Sulaiman, naskhah ini akan dipentaskan pada 11 dan 12 Ogos depan.

“Sesi latihan sudah pun bermula sejak 16 Julai lalu.

“Insya-ALLAH, selain berlakon, teater ini juga bakal tampil dengan 15 lagu baru yang segar untuk dipersembahkan.

“Saya harap ia berjaya dipentaskan dengan lancar,” katanya.
ot;1" />
Powered by Blogger.