F Sufi Mohon Netizen Jangan Lagi Kecam Ibunya | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Sufi Mohon Netizen Jangan Lagi Kecam Ibunya

Penyanyi Sufi Rashid, 26, memohon agar netizen tidak lagi mengecam dan memarahi ibunya, Irma Suriana Mahamud kerana gara-gara status wanita itu menyamakan diri seperti kain buruk.

Memetik laporan mStar online, pelantun lagu Aku Sanggup ini berkata dia menghargai semua orang yang mengambil berat dan berharap doa yang terbaik untuknya.

Sufi kini dalam usaha menyelesaikan konflik antara dia dan ibunya. Juara Akademi Fantasia (AF2015) itu menganggap kenyataan ibunya itu mungkin kerana terlalu emosi.

"Saya sebagai anak akan mencari jalan yang terbaik untuk selesaikan masalah keluarga. Tak ada emak yang tak sayang anak dan tak ada anak yang tak sayangkan emak.

"Biasalah, manusia lemah. Bila emosi, kadang-kadang kita terluahkan dengan kata-kata yang kita sendiri tak ada niat," jelas Sufie ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Baru-baru ini Irma Suriana menerusi laman Facebook meluahkan rasa kerana berasa kecil hati dan kecewa dengan darah daging sendiri. Tidak dijelaskan secara terperinci apakah perkara sebenar yang terjadi antara dua beranak itu.
ot;1" />
Powered by Blogger.