F Suami Ezlynn setuju cerai | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Suami Ezlynn setuju cerai

KEMELUT rumahtangga penyanyi, Ezlynn bakal menemui titik nokhtah apabila suaminya, Adam Fahmy Shamsudin bersetuju untuk bercerai secara baik.

Peguam, Ahmad Nazib Johari mengesahkan perkara itu pada prosiding di hadapan Hakim Syarie, Mohamed Hizwan Mohamed di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya, pihaknya diarah oleh Adam untuk mencadangkan beberapa penyelesaian bagi diselesaikan secara baik.

"Saya baru dilantik oleh anak guam minggu lalu dan pihak kami dalam proses mendraf cadangan untuk diteliti dan dijawab oleh peguam plaintif," katanya.
ot;1" />
Powered by Blogger.