Berita Terkini
recent

‘Stay Humble, Kita Semua Hamba Allah’ – Maria Tunku Sabri

Semalam telah berlangsungnya sesi ‘Meet & Greet’ bersama pelakon filem ‘Baby Driver’ yang diadakan di Pavilion.

Apa yang menarik perhatian kami adalah apabila ada di antara artis tanah air yang turut serta dalam sesi meet & greet tersebut untuk bertemu dengan pelakon utama filem berkenaan iaitu Ansel Elgort.
Antara artis yang menarik perhatian kami adalah pengacara terkenal, Maria Tunku Sabri yang satu ketika dulu sangat terkenal dengan program TV Jalan Jalan Cari Makan.

Sewaktu di majlis berkenaan dilihat Maria Tunku Sabri begitu teruja menanti ketibaan pelakon utama itu.

Di dalam keterujaannya itu, dia sempat ditanya bilakah kali terakhir pengacara itu merasakan crowd seperti ini dan Maria mengatakan bahawa kali terakhir dia merasakan crowd seperti itu ketika dia menghadiri konsert Wan Nur Fifie Farina Farhana.

“Ini merupakan kali kedua dalam hidup saya merasakan crowd seperti ini dan ketika pertama kali dahulu saya tidak dapat menerima keadaan seperti ini namun saya rasa kita perlu adakan majlis sebegini lagi di masa akan datang,” katanya ketika berada di majlis sesi meet & greet tersebut.
Walaupun bergelar selebriti namun bagi Maria dia berpegang dengan pendiriannya untuk sentiasa merendah diri.

“Kita semua adalah hamba ALLAH, jadi kita semua kena stay humble walau dalam apa jua keadaan,” ujarnya lagi.

Sememangnya sikap sebegini harus diberi pujian dan perlu dicontohi oleh semua. Walaupun dikenali ramai namun dia tetap dengan sikapnya yang merendah diri.

Di akaun instagramnya juga, dia turut berkongsi detik-detik ketika di majlis itu semalam dan berdasarkan gambar yang dikongsi itu terlihat jelas keceriaannya bersama rakan-rakan yang lain.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.