F Sofi Jikan Dituduh Ngorat Bini Orang? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Sofi Jikan Dituduh Ngorat Bini Orang?

Pelakon hebat Sofi Jikan atau nama sebenarnya Muhammad Sofi Jikan,47 menjadi tumpuan semalam apabila dituduh cuba menggoda seorang wanita berstatus isteri orang.

Tuduhan itu dilemparkan oleh lelaki yang juga suami kepada wanita berkenaan.

Pelakon KL Gangster ini berkata bukan bertujuan untuk mengoda sebaliknya dia sekadar membalas senyuman kepada seorang peminat.

“Bila pula saya ingin mengurat isteri dia? Apa yang saya sedar, saya ada memandang semula seorang wanita dan membalas senyumannya.

“Biasalah sebagai lelaki mungkin saya ada terpandang wanita dan membalas senyumannya tapi bukan dengan niat jahat pun. Jika tidak senyum nanti kata artis sombong,” ujarnya kepada sebuah media.

Sofi menceritakan bahawa kejadian berlaku seorang individu yang mendakwa pelakon berkenaan cuba mengoda isterinya ketika makan di sebuah restoran di Jawi, Pulau Pinang pada malam Khamis lalu

Tambah Sofi, lelaki tersebut seharusnya menegur secara terbuka di lokasi kejadian jika perkara itu benar-benar terjadi.
“Kalau dia rasa saya cuba mengoda isterinya kenapa tidak tegur ketika di situ. Dia sengaja mencari publisiti dengan menyebarkan fitnah itu di laman sosial.


“Apa yang cuba dilakukan itu tidak betul dan hanya bertujuan menjejaskan reputasi saya sebagai pelakon. Malah, statusnya juga seolah-olah cuba mengugut saya,” ujarnya.

Sementara itu di laman instagram milik Sofi Jikan, beberapa jam yang lalu, dia sudah bertemu dengan lelaki berkenaan.

Sofi memuatnaik gambarnya bersama lelaki itu dengan Kapsyen “Settle sudah kes usha malam tadi..gua maafkan lu”
ot;1" />

Powered by Blogger.