Berita Terkini
recent

Shah Rukh Khan Sebut ‘Merecik Hawau’

Seperti semua sudah sedia maklum, penyampai radio Era fm yang baru-baru ini terlibat dengan kemalangan motorsikal, Jaa Suzuran telah pergi ke Mumbai, India untuk menemubual hero Bollywood nombor satu dunia, Datuk Shah Rukh Khan.

Di sana, Jaa bertanyakan kepada Shah Rukh Khan tentang filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, Jab Harry Met Sejal.

Dalam kesempatan itu, menerusi sebuah video, Jaa juga meminta Shah Rukh Khan menyebut beberapa perkataan bahasa Melayu dengan dialek Melaka dan Kelantan.

Apa yang membuatkan netizen tertarik adalah apabila Shah Rukh Khan menyebut perkataan ‘Merecik Hawau’ daripada dialek Melaka.

Nampaknya sebutan daripada pelakon Hindustan itu telah mencuit hati netizen yang menonton rakaman video tersebut.

Rata-rata yang menonton telah meninggalkan komen di ruangan komen video itu.
Amanina Khairunnisa: Ain Amira alaaa kenapa bukan aku yg jumpa srk secara life dan private mcm ni?? � merecikkknyaaa pakwe aku wehhhh….
Rose Kasih: Farah Arra Noorininu Mustafa SRK ckp merecik hawau lah.. tag line paah tu�
NurNabilah: Razak Khairil Izwan tgok ni dia pandai ckp merecik hawau hahahaha
Noorasuha Othman: Pnda dio kecek klate bohh � Arry Zameri mercik hawauuu.. hahaha
Terhibur hati-hati penonton dan makin bertambah suka dan sayanglah mereka pada hero Bollywood pujaan mereka ini.
Terdahulu, Jaa ada berkongsi gambarnya bersama Shah Rukh Khan di akaun Instagram miliknya dengan kapsyen yang tertulis kata-kata nasihat hero itu kepadanya.

“Please take care of your leg, No more superbike. Just four wheel,” itulah kata-kata nasihat yang diberikan oleh Shah Rukh Khan kepada Jaa.
Powered by Blogger.