F Semoga roh Osman dicucuri rahmat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Semoga roh Osman dicucuri rahmat

JENAZAH pelakon veteran, Osman Zailani, 85, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Choa Chu Kang, Singapura, selepas solat Zuhur, hari ini.

Osman yang popular dengan drama bersiri PJ Holdings pada 1980-an meninggal dunia jam 9.30 malam semalam di Hospital Khoo Teck Puat (KTPH), Singapura akibat jangkitan paru-paru dan sakit tua.

Cucunya, Hady Miza yang dihubungi di Singapura berkata, sebelum itu jenazah datuknya dibawa ke Masjid Sembawang untuk disolatkan.

Hady yang juga bekas juara Singapore Idol mengumumkan berita kematian pelakon itu menerusi Facebook, semalam.

€œSelain mengalami jangkitan paru-paru, arwah memang sudah uzur kerana faktor usia. Dia dimasukkan ke hospital dua hari sebelum Aidilfitri lalu,€ katanya.

Menurut Hady, Osman atau nama sebenarnya Mohammad Kechut yang meninggalkan tujuh anak sudah lama hidup bersendirian selepas isteri keduanya meninggal dunia 15 tahun lalu.

Isteri pertama Allahyarham meninggal dunia kira-kira 30 tahun lalu.

Selain PJ Holdings, Allahyarham banyak terbabit dalam filem dan drama di Singapura dan Malaysia antaranya Sesejuk Air Mata Ibu, Tujuh Biang Keladi dan Suratan Kasih.

Osman juga antara pelakon berbakat besar yang berjaya mendapat perhatian penerbit dan pengarah filem antarabangsa serta pernah berlakon dalam siri drama dan filem Hollywood.

Pada 1979, Osman pernah membawa watak Ong Lee dalam siri televisyen popular Hawaii Five-O dan juga watak Bob dalam filem Saint Jack.
ot;1" />
Powered by Blogger.