Berita Terkini
recent

" Saya Sudah Minta Izin Keluarga" - Nadia Brian

Pelakon baharu Nadia Brian menjelaskan dia sudah mendapat keizinan keluarganya sebelum menyatakan persetujuan melakonkan babak intim bersama Amar Asyraf dalam filem Blok 404.

Akui gadis berdarah campuran Malaysia-Australia ini, wataknya kali ini cukup mencabar dan walaupun menuntutnya melakonkan adegan berahi namun sebagai pelakon berusaha menghidupkan karakter tersebut disamping mendapatkan bantuan dan tunjuk ajar daripada pengarah.

"Ini filem kedua saya dan watak kali ini memang mencabar. Selepas dapat skrip, saya baca dan kaji watak saya. Sebelum penggambaran, pengarah minta saya cari dulu keserasian bersama Amar. Kami banyak berkomunikasi dan Isma juga banyak membantu saya.

"Untuk babak-babak intim, awal-awal lagi saya sudah jelaskan kepada keluarga dan minta izin daripada mereka. Lagipun ada babak yang dirakam dengan teknik helah kamera (camera trick)," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem tersebut baru-baru ini.

Tambah Nadia, dia juga lega apabila isteri Amar yang turut berada di set lokasi memberikan reaksi positif kepadanya terutama ketika penggambaran babak tersebut.

"Amar banyak memberi tunjuk ajar kepada saya. Sebagai pelakon kami profesional.

"Malah isteri Amar juga sangat okay dan bersikap positif," tuturnya.

Antara cabaran besar lain yang dilalui Nadia, babak diculik dan dia perlu berlakon dalam ruang yang sangat sempit.

"Ini cerita thriller, jadi banyak aksi ngeri. Satu lagi yang mencabar bagi saya, babak ketika diculik. Susah untuk saya ungkap bagaimana rasa takut ketika situasi itu dan barulah saya faham perasaan mangsa yang pernah diculik seperti kes yang terjadi di realiti," katanya.

Filem Blok 404 turut dibintangi oleh pelakon asal seperti Zamarul Hisham, Raja Azri dan Boy Iman serta dijayakan barisan pelakon antaranya Fasha Sandha, Risteena Munim, Kamal Adli, Ozlynn dan Adrea Abdullah.

Terdahulu, telefilem bercorak cemas dan seram yang diarahkan Silver Chong itu pernah mencetuskan fenomena ketika diedarkan dalam format video cakera padat (VCD) sekitar tahun 2013.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.