Berita Terkini
recent

Saya cuma minat kerusi Pekan: Azmin



Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan nada sinis berkata beliau hanya berminat dengan kerusi Parlimen Pekan yang kini disandang oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, jika mahu bertanding.

Tegasnya, beliau tidak berminat dengan kerusi Parlimen Ampang seperti yang diperkatakan sebelum ini.

"Saya dah sebut hari tu saya tak minat dengan Ampang. Kalau perlu saya beralih, saya minat dengan Pekan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini, hari ini.

Sebelumnya, Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo seperti yang dilaporkan dalam sebuah portal, mengalu-alukan Mohamed Azmin Ali yang dilihat berminat untuk bertanding di Parlimen Ampang pada PRU14.

Ia berikutan khabar angin yang mengatakan bahawa Timbalan Presiden PKR itu mengintai kerusi di Ampang bagi menggantikan penyandang terkini, Zuraida Kamaruddin atas beberapa faktor.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.