Berita Terkini
recent

‘Saya Bukannya Muda Lagi’ – Nabila Huda

Ketiadaan pelakon popular, Nabila Huda dalam filem Blok 404 bukan kerana masalah bayaran.

Selebriti berusia 32 tahun itu sebaliknya terikat dengan jadual penggambaran bagi drama bersiri, Dendam Aurora.

“Sebenarnya, jadual saya terlalu padat. Lebih-lebih lagi, drama ini  100 episod.

“Watak pula terlalu berat yang menuntut saya untuk lebih fokus.

“Lagi pula, saya bukan hanya menolak tawaran filem berkenaan, tetapi juga tawaran berlakon yang lain,” katanya ketika ditemui media pada pelancaran drama berkenaan, semalam.






Dalam drama terbitan Global Station Sdn Bhd itu, Nabila berganding dengan Ungku Ismail Aziz, Anzalna Nasir dan Shah Iskandar.

Walaupun produksi filem 404 mencuba untuk menyusun kembali jadual, bintang filem Munafik ini mengakui terpaksa juga menolaknya bersandarkan kemampuannya dalam memenuhi komitmen.

“Saya bukannya muda lagi. Dulu bolehlah, saya terima banyak banyak tawaran dalam satu-satu masa.

“Kini saya dah mula terasa penatnya apatah lagi untuk drama ini yang perlukan kekuatan mental dan fizikal.

“Bahkan, lokasi penggambaran yang jauh juga buat saya letih kerana perlu memandu sendirian,” katanya.





Bagaimanapun, pelakon filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam ini tidak menolak untuk terbabit sama sekiranya berkelapangan dan watak yang diberikan juga bersesuaian.

Blok 404 pernah diterbitkan dalam format Video Cakera Padat (VCD) pada 2001 dan Nabila adalah salah seorang pelakon asalnya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.