Berita Terkini
recent

Sambut Raya Berasingan, Apa Jadi Farid & Diana?

APA dah jadi ni? Hal rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle yang sebelum ini goyah terus menjadi tanda tanya apabila dikatakan tidak beraya bersama pada sambutan Aidilfitri minggu lalu.
Pasangan ini juga dilihat berbahagi tugas penjagaan dua cahaya mata sepanjang menyambut Aidilfitri.

Selain itu, posting  Farid pada malam raya iaitu 24 Jun lalu dengan membuat ucapan kepada dua anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora turut menunjukkan dia dan Diana berada di lokasi berasingan.

"Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin saya mohon daripada semua... terutama kepada Muhammad serta Nur Aurora. Semoga hari raya tahun ini membawa seribu keriangan buat anakanda berdua.
"Babah di sini mendoakan semoga anakanda berdua sentiasa dilindungi Allah swt dan berada dalam keadaan sihat. I miss both of you Muhammad and Aurora," tulisnya.

Farid turut meletakkan lokasinya yang ketika itu berada di Kampung Malau, Kedah.

Status itu telah menimbulkan kekeliruan netizen mengapa pasangan ini tidak beraya bersama, malah Farid juga tidak menulis atau membuat ucapan kepada isterinya itu yang lazimnya dilakukan bagi pasangan suami-isteri dalam posting berkenaan.

Sementara itu, Diana pula pada hari raya pertama telah memuat naik foto dia beraya bersama anak-anaknya dengan kapsyen memberi nasihat agar anaknya menyambut raya dengan gembira di bawah jagaan bapa mereka.

Ini bererti giliran Farid beraya dengan anaknya pada hari raya kedua.
"Cerita pagi tadi: you + little boy + little girl = apa apa je lah!.

"Ibu #teamrayakl mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Kejap nanti giliran Babah #teamrayaKedah pula bersama kamu berdua. Have fun and makan puas-puas. Jangan lupa kumpul duit raya. Ibu know you will be in good hands under Babah's care, I will miss my babies. So, any more team #rayaKL? Angkat tangan!," tulisnya.

Malah, hastag #teamrayakl dan #teamrayaKedah turut menjadi perhatian netizen yang membuat spekulasi pasangan ini sedang berhadapan dengan masalah rumah tangga.

Dalam pada itu, Diana yang dihubungi bagi menjelaskan perkara berkenaan enggan memberikan sebarang komen.

"Maaf, tiada komen," ujarnya.

Pasangan ini berkahwin pada 3 November 2012 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 4 dan Nur Aurora yang kini berusia dua tahun.

Pada tahun lalu, rumah tangga pasangan ini pernah berantakkan apabila Diana dilaporkan ke mahkamah bagi mendapat khidmat nasihat tentang hubungan mereka.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.