F Saleem Masuk Hospital Kerana Demam Panas | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Saleem Masuk Hospital Kerana Demam Panas

Penyanyi Saleem, 55, dilaporkan telah dimasukkan ke Pusat Pakar UKM, Cheras kerana demam panas sejak seminggu lalu.

Memetik laporan BH online, isteri Saleem, Juriah atau Julia Bachok memberitahu suaminya menerima rawatan di pusat perubatan berkenaan sejak semalam.

"Abang Saleem mengalami demam panas yang kerap sejak kebelakangan ini. Buat masa sekarang, punca sebenar penyakitnya belum dikenal pasti.

"Dia juga mengalami bengkak pada bahagian testis dan sepatutnya menjalani pembedahan, esok. Namun, semua itu bergantung pada tahap kesihatannya," katanya.

Menurut Julia, keadaan kesihatan suaminya masih baik ketika meraikan Aidilfitri di Benut, Pontian, baru baru ini.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Suci Dalam Debu itu mula mengalami demam panas selepas menjayakan persembahan di Bukit Aman, di sini, pada hari raya ketiga.

"Abang Saleem mengadu penat dan saya segera membawanya ke Pusat Pakar UKM untuk pemeriksaan.

"Demamnya masih tak kebah manakala jantungnya juga lemah. Doktor memberi bantuan oksigen bagi membantu pernafasannya. Sekiranya keadaan tidak berubah, pembedahan akan ditangguhkan," katanya.

Kata Julia, melihatkan keadaan Saleem sekarang, dia berkemungkinan terpaksa menolak beberapa tawaran persembahan.
ot;1" />
Powered by Blogger.