Berita Terkini
recent

Ryan Reynolds Bantu Peminat Balas Dendam

DIKENALI dengan sikapnya yang sentiasa unik, pelakon Hollywood Ryan Reynolds memberi satu lagi sebab mengapa peminat perlu menyayangi dirinya.

Antaranya aktor berusia 40 tahun itu menyokong suntingan gambar dibuat peminat wanitanya sebagai membalas dendam terhadap kekasihnya.

Wanita itu, Gabi Dunn memutuskan satu cara untuk membalas dendam dengan meletakkan imej Reynolds bersebelahan gambarnya yang memakai gaun malam di tempat bekas teman lelakinya berdiri.

Menerusi keterangan gambar tersebut dia menulis: "Saya dan teman lelaki berpisah beberapa hari selepas majlis makan malam, jadi saya putuskan untuk menyunting foto-foto ini @vitreynolds," tulisnya.

Bintang Deadpool  itu hanya menambah satu cadangan untuk Gabi menerusi balasan Twitter.
Dia menulis di Tweet: "Kamu sepatutnya menyunting imej saya menerusi gambar tahun depan, #donmesswithgabi.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.