Berita Terkini
recent

Ruhainies Perjelas Hubungan Dengan Asyraf

Hubungan rapat yang terjalin antara Ruhainies dengan seorang pelakon baharu, Asyraf Aley, 23, mula mendapat perhatian umum, apatah lagi kedua-duanya sering dilihat bersama-sama.





Spekulasi tambah kukuh apabila keakraban mereka juga dipaparkan menerusi beberapa keping gambar di laman Instagram masing-masing.

Memetik laporan Utusan online, Ruhainies bagaimanapun dakwaan tersebut dinafikan malah dia menegaskan hubungannya dengan Asyraf adalah sekadar kawan.

"Kami pernah digandingkan sebagai hero dan heroin dalam siri Jejak Karmila yang diterbitkan oleh . Dari situ, baru perkenalan kami bermula dan menjadi rapat.

"Tetapi tidak lebih daripada sekadar rakan artis. Lagipun Asyraf seorang yang baik, tidak salah untuk saya berkawan dengannya.

Pada masa yang sama, Ruhainies memberitahu dia tiada sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat meskipun sedar usia semakin meningkat.

Katanya, ada misi peribadi yang mahu disempurnakan terlebih dahulu dan niat tersebut ditanam ketika mula-mula menjejakkan kaki sebagai anak seni.

"Alhamdulillah, hasrat pertama saya untuk menghantar ibu bapa menunaikan ibadah haji bakal terlaksana pada Ogos ini.

"Keduanya, saya ingin membelikan mereka sebuah rumah yang selesa memandangkan masing-masing sudah tidak bekerja. Kami adik-beradik sedang berusaha untuk mencari kediaman yang sesuai untuk mereka yang mahukan kejiranan bandar,” ujarnya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.