Berita Terkini
recent

Rentak Jalanan, kongsi aktiviti unik masyarakat

TEROKAI keindahan dan keunikan Malaysia menerusi program travelog terbaru, Rentak Jalanan yang memperkenalkan pelbagai lokasi menarik.

Lokasi ini menjadi pusat penggalak pertumbuhan ekonomi setempat seperti pusat pelancongan, pertanian, perniagaan dan perindustrian.

Bersama hos Jimmy Shanley, 13 episod program yang mula bersiaran semalam, 9 Julai, setiap Ahad, jam 2.30 petang menerusi saluran TV1.

Program ini akan memberi tumpuan kepada usaha sebahagian responden yang gigih meningkatkan pertumbuhan ekonomi sara diri.

Disampaikan secara santai, penonton dibawa menjelajah ke seluruh semenanjung Malaysia dengan mengunjungi pelbagai lokasi menarik.

Tidak sekadar itu, penonton juga dapat mengikuti aktiviti harian sejak turun temurun masyarakat setempat.



Paparan menarik di Terengganu menyaksikan aktiviti menangkap ketam nipah dan ikan di sungai Setiu, selain melihat bagaimana cara pembinaan kapal dan perahu dilakukan.

Tidak ketinggalan juga dengan aktiviti dan perniagaan serta penternakan lembu, peniagaan lemang dan pengusaha restoran terapung  Kemaman yang cukup terkenal dengan pelbagai keunikan.

Episod di negeri Kelantan pula bakal menampilkan peniagaan nasi berlauk dan nasi Air Dingin yang cukup popular di Tumpat, selain mengunjungi jeti Jeli menerusi aktiviti pelancongan di tasik Pergau, penternakan burung merbuk dan juga pasar Wakaf Baru.

Penonton juga berpeluang melihat bagaimana mencanai cincin, gelang dan rantai tangan di Kampung Morak yang cukup terkenal dengan seni itu.

Sementara di perak pula, peminat dapat melihat keindahan Tasik Banding yang membabitkan pengusaha rumah bot di jeti Tasik Banding dan aktiviti Orang Asli di laluan ke Gerik serta perlombongan bijih timah di Rahman Hidraulik, mendulang dan juga madu kelulut di Pengkalan Hulu.

Di Pahang, Rentak Jalanan berkongsi keunikan tenunan di Raja Pahang dan pembuatan papan pemotong oleh sekumpulan Orang Asli di muara sungai Rompin, Pahang.

Di sebelah selatan iaitu Johor pula paparan berkaitan penanaman kopi dan aktiviti menangkap belangkas di Johor Bahru serta pengusahaan pembuatan kompang dan pelancongan di Kluang.

Tidak ketinggalan, di Melaka menyaksikan pertumbuhan peniagaan asam pedas dan penanaman pokok tin yang cukup terkenal ketika ini.

Akhir sekali, program ini akan singgah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan untuk mengikuti perkembangan pelancongan burung unta sebagai ternakan, penternakan landak dan juga ladang lembu Juaseh Agropark.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.