F Rebecca Nur Al Islam Berbaju Sedondon Dengan Pembantu Rumah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Rebecca Nur Al Islam Berbaju Sedondon Dengan Pembantu Rumah

Setiap tahun OOTD Raya pelakon Rebecca Nur Al Islam bersama suami dan anak antara yang mencuri tumpuan. Selain pemilihan warna, rekaan baju sedondon membuatkan peminat tertunggu-tunggu.

Rebecca mencuri perhatian netizen selepas memuat naik foto berbaju raya warna sedondon bersama pembantu rumahnya.

Menerusi foto-foto yang dimuatnaik di akaun Instagramnya jelas menunjukkan wajah ceria tiga orang pembantu rumahnya ketika bergambar bersama anak-anaknya.


Menerusi ruangan komen setiap foto yang dimuatnaik, rata-rata netizen memuji tindakan Rebecca seorang majikan yang baik dan tidak meminggirkan pembantu rumah sebaliknya menghargai mereka.
Malah mereka juga kagum dengan Rebecca yang menggelarkan pembantu rumahnya sebagai ‘helper’ kepada anak-anaknya yang turut menampakkan anak-anaknya manja bersama pembantu rumah.

Dalam pada itu,Rebecca juga turut memuat naik gambar pembantu rumah membeli emas di The Spring Shopping Centre di Kuching dengan kapsyen “Happy face…my Helpers shopping time ”

.Netizen juga turut mendoakan agar keluarga Rebecca dimurahkan rezeki kerana tidak kedekut dan layanan baik yang diberikan terhadap pembantu rumahnya.
ot;1" />
Powered by Blogger.