Berita Terkini
recent

Rambut Naruto Akim Dikecam Netizen

Penyanyi terkenal, Akim Ahmad dikecam netizen selepas berkongsi gambar pernampilan terbarunya.
Menerusi gambar yang dimuat naik di laman Instagram anaknya, Beyshal, Akim kini tampil dengan imej berambut blonde.

Seperti biasa, ada yang menyokong tak kurang juga yang memberikan nasihat.

Ramai beranggapan imej tersebut tidak sesuai buat bapa kepada Bella dan Eshaal. Ada juga netizen berpendapat Akim sebagai suami sepatutnya menjadi panduan kepada isterinya, Stacy yang juga seorang muallaf.

Bagaimanapun menerusi kapsyen gambar penyanyi itu terlebih dahulu menjelaskan, dia menukar imejnya demi muzik video single baru nanti yang memerlukan dia tampil dengan penampilan baru.


“Macam kartun kan rambut bapa Eshaal? Daddy Eshaal ni berangan mau jadi Naruto dari dulu tu yang jadi gitu.

“Actually daddy mau keluar single baru yang bertajuk Lagu Untuk Laila dan rambut ni untuk konsep MV dan lagu diorang nanti. Konseplah konon. Jangan lupa support lagu baru daddy ya.”

Sebelum ini, aktor berbakat besar, Que Haidar juga pernah dikecam netizen gara-gara memuat naik foto beliau dengan warna rambut blonde.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.