Berita Terkini
recent

Rafena saman Didie Alias lebih RM400,000

PENERBIT drama, Datuk Rafena Ezanee Ramli mengemukakan saman terhadap pelakon, Didie Alias berikutan dakwaan berlakunya pelanggaran kontrak dan pengaiban terhadap dirinya.

Rafena dan syarikat penerbitannya Dark Wave Pictures Sdn Bhd (Dark Wave) selaku plaintif pertama dan kedua memfailkan saman itu terhadap Didie pada 21 Mac lalu di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Sesyen di sini melalui firma guaman Tetuan Zamri Idrus & Co.

Dokumen tuntuntan tersebut diperolehi media hari ini.




Dalam pernyataan tuntutannya, Rafena menyatakan Didie merupakan bekas penerbit eksekutif rancangan travelog , Street Food Asian‎ sebanyak 13 episod di bawah terbitan Dark Wave.

Menurutnya, Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohammad diberi kepercayaan dan tanggungjawab menguruskan hal berkaitan kerja penerbitan program itu namun didakwa telah sengaja, cuai atau gagal melaksanakannya.

Plaintif berkata, defendan didakwa telah gagal atau cuai dan enggan memastikan mutu travelog tersebut berada pada tahap yang memuaskan seperti termaktub dalam perjanjian yang ditandatangani pada 7 Oktober tahun lalu.

Akibatnya, kedua- dua plaintif didakwa mengalami kerugian.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.