Berita Terkini
recent

Rafena Saman Didie Alias Langgar Kontrak

Penerbit drama dan filem, Datuk Rafena Ezanee Ramli telah mengemukakan saman terhadap pelakon terkenal, Didie Alias atas dakwaan pelanggaran kontrak dan mengaibkannya menerusi media sosial.
Hakim Nik Nasimah Nik Mohamad memutuskan tarikh itu selepas menemui peguam plantif dan defendan di dalam kamar mahkamah.

Berdasarkan tuntutan saman itu, Rafena dan syarikat penerbitannya, Dark Wave Pictures Sdn Bhd selaku plaintif menamakan Didie atau Fadzilah Mohammad sebagai defendan.

Ia difailkan di kaunter pendaftaran Mahkamah Sesyen melalui firma guaman Tetuan Zamri Idrus & Co pada 21 Mac lalu.

Dalam pernyataan tuntutan itu, plaintif menyatakan defendan adalah penerbit eksekutif bagi satu rancangan travelog 13 episod iaitu ‘Street Food Asian’ yang juga program terbitan Dark Wave.
Dalam penyataan tuntutan saman itu, plaintif mendakwa Didie yang telah menerima tanggunjawab untuk melakukan kerja-kerja penerbitan travelog itu telah sengaja, cuai dan gagal untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut seperti mana termaktub dalam perjanjian sehingga menyebabkan kedua-duanya mengalami kerugian.

Selain itu, defendan juga didakwa sengaja mengaibkan plaintif mengenai pengeluaran dan penerbitan travelog berkenaan di dalam laman Instagram dan akhbar sehingga terdapat komen yang menjatuhkan maruah.

Plaintif yang mengalami kerugian, trauma dan tekanan emosi menuntut ganti rugi khas sebanyak RM7,000 serta ganti rugi am RM400,000.

Sementara itu, peguam Mohd Fadhly Hashim yang mewakili plaintif berkata, pihaknya akan mengemukakan enam saksi termasuk Rafena untuk memberi keterangan dalam perbicaraan.
Powered by Blogger.