Berita Terkini
recent

Poster Badang Dikritik Netizen

Nama pengasas produk kecantikan D’herbs iaitu Datuk Aliff Syukri sudah tidak
asing lagi bagi seluruh rakyat Malaysia dengan personalitinya yang sering kali
memikat hati.

Seperti mana salah satu filem superhero tempatan kita yang terkenal hangat
diperkatakan kini, Badang:Adiwira Sepanjang Zaman baru sahaja mengeluarkan
trailer rasmi dan kelihatan tular di media sosial dengan Datuk Aliff Syukri
sebagai hero.  


Selain Aliff Syukri, bintang filem yang turut menjayakan filem tersebut ialah Fauzi
Nawawi, Fareez Fauzi, dan Fasha Sandha.

Dihasilkan oleh FiTA Studios, tarikh sebenar tayangan filem tersebut belum
dapat ditentukan lagi.

Namun, poster filem tersebut dikritik hebat oleh netizen.Poster yang dianggap
seperti filem lama itu menjadi bahan kutukan orang ramai di Facebook dengan
menyifatkan designnya seperti awal tahun 2000.




Selain daripada poster filem yang menjadi bahan kritik netizen di laman sosial,

mereka juga turut mengecam pemilihan Aliff sebagai hero bagi filem berkenaan.

Mereka beranggapan, masih ramai lagi pelakon yang layak berbanding jutawan kosmetik berkenaan untuk memegang watak Badang.

Aliff yang memakai superhero kostum kuning hijau juga dianggap tidak sesuai sebagai watak badang dan kelihatan seperti hulk serta tiada standard.

Apa yang kami boleh katakan adalah setiap manusia diberi rezeki yang berlainan dan mungkin rezeki Aliff menjadi seorang pelakon.
Powered by Blogger.