Berita Terkini
recent

PM umum empat perkhidmatan dikecualikan GST

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju empat lagi perkhidmatan akan diletakkan di bawah kategori pembekalan berkadar sifar bagi tujuan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Perkhidmatan itu adalah perkhidmatan ditetapkan berkaitan dengan barang untuk dieksport yang mana perkhidmatan itu dibekalkan kepada pelanggan luar negara dan perkhidmatan ditetapkan yang dibekalkan dalam Zon Bebas, termasuk Gudang Pengilangan Berlesen (GPB) kepada pelanggan luar negara.

Dua lagi perkhidmatan terbabit ialah perkhidmatan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang disediakan kepada pelanggan luar negara dan perbelanjaan tidak berulang yang ditanggung sebagai perbelanjaan kejuruteraan, termasuk alat dan jentera yang digunakan dalam proses pengilangan barangan.

Bercakap pada majlis makan malam Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM) di sini, hari ini, Perdana Menteri berkata bagi menampung pindaan yang perlu kepada Perintah Kadar Sifar GST, pengecualian daripada dikenakan GST di bawah seksyen 56 Akta GST 2014 telah diberikan berkuat kuasa 1 Julai, 2017.

“Kerajaan Malaysia sentiasa memberi sokongan bagi memudahkan komuniti perniagaan di Malaysia dan mengalu-alukan dialog telus antara semua pihak berkepentingan yang terlibat,” katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.