F Pesan Istimewa Buat Song Hye Kyo | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Pesan Istimewa Buat Song Hye Kyo

NAMA Song Joong Ki belakangan ini disensasikan banyak pahak media.

Tidak hanya kerana rencana pernikahannya dengan Song Hye Kyo sahaja, tetapi juga soal filem terbarunya, Battleship Island.

Khabarnya ada kaitan istimewa antara Song Hye Kyo dengan film Battleship Island.
Seperti dilapor Koreaboo, dalam bahagian kredit tajuk filem ini, ada ucapan istimewa yang ditujukan khas untuk aktres tersebut.

Ucapan itu antaranya bertulis "terima kasih secara khusus untuk... Song Hye Kyo" bersama nama-nama artis lainnya.

"Jangan salah sangka dulu, pesan ini dibuat bukan semata-mata kerana adanya hubungan istimewa antara Song Joong Ki dan Song Hye Kyo.

"Bahkan saat pembikinan filem ini, tak seorang pun yang tahu soal hubungan mereka berdua sehingga merancang hal pernikahan itu," katanya.

Ternyata, demi filem Battleship Island, Song Hye Kyo sempat mengirimkan  kopi untuk para kru dan artis yang ada di lokasi penggambaran.

Pengarah Battleship Island, Ryu Seung Wan, memastikan bahawa semua orang yang terlibat menerusi filem ini harus masuk dalam carta kredit sebagai ucapan terima kasih.

Inilah yang membuat nama Song Hye Kyo muncul pada kredit akhir filem Battleship Island.
Battleship Island adalah sebuah filem berlatar era penjajahan Jepun yang menceritakan tentang pelarian buruh paksa di Pulau Hashima.

Selain Song Joong Ki, filem ini turut dibintangi beberapa artis artis papan atas antara lain Hwang Jung Min, So Ji  Sub, dan Lee Jung Hyun.


ot;1" />
Powered by Blogger.