Berita Terkini
recent

Perkataan ‘Azab’ Datuk Aliff Dikecam Netizen

Nama pengasas produk kecantikan D’herbs iaitu Datuk Aliff Syukri sudah tidak asing lagi bagi seluruh rakyat Malaysia dengan personalitinya yang ceria itu.

Pasti ramai yang sudah tahu tentang rumah banglo milik Datuk Aliff yang mempunyai 30 bilik telah pun siap 65 peratus.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah netizen yang tidak berpuas hati dengan sikap Datuk Aliff sebaik sahaja beliau memuat naik gambar beserta kapsyen di akaun Instagram miliknya yang menunjukkan seolah-olah dia menunjuk kemewahannya.

“Nampak saya tak? cer cari saya di mana?? ni bukan side utama depan rumah saya ni side tepi laluan basement parking bawah tanah dan bilik.

“Penantiaan itu satu penyeksaan lagi 35 peratus nak siap, tak sanggup dah duduk rumah sekarang azab sangat rasanya sebab banyak problem air, eletrik semua ada. Bilalah rumah saya ni nak siap,” tulisnya di laman sosial Instagram.

Datuk Aliff telah mengatakan kediaman sementara yang didudukinya sekarang sangat azab kerana mempunyai banyak masalah walaupun mempunyai 8 bilik serta dianggap netizen sudah selesa.

“Kenapa nak azab plak duduk rumah sekarang. Takde bumbung ke takde dinding ke.Tido dalam khemah ke. Bersyukur dato. Ade orang duduk rumah kayu berlubang-lubang dah rase syukur ade tempat tingal.” Ujar netizen yang tidak bersetuju dengan kapsyen Datuk Aliff.

Netizen menganggap bahawa kapsyen yang ditulis oleh Datuk Aliff seperti seorang yang riak dan tidak tahu erti syukur dengan apa yang sudah beliau ada jika dibandingkan dengan nasib sesetengah netizen yang serba serbi kurang.

Terdahulu, ramai netizen mempertikaikan tindakan Datuk Aliff i selepas meletakkan kucingnya di dalam tandas hingga banyak kecaman diterima.

Mungkin Datuk Aliff tidak bermaksud untuk menunjuk kemewahan tetapi menunjukkan masalah yang dihadapinya.
Sabarlah Datuk…

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.