Berita Terkini
recent

Perjalanan seni Lily James

PERJALANAN  wanita ini dalam mencipta nama sebagai pelakon bukan mudah.

Dia yang memulakan kariernya sebagai pelakon teater pada 2010, kemudiannya beralih kepada pelakon filem pendek dan seterusnya terpilih membintangi filem klasik terkenal Disney, Cinderella pada 2015.

Membawa watak sebagai Cinderella @ Ella, ia secara tidak langsung melonjakkan namanya Lily James di dalam industri perfileman Hollywood.

Dengan lakonan bersahaja, James atau nama sebenarnya Lily Chloe Ninette Thomson turut menyifatkan penglibatannya dalam filem itu ibarat mimpi jadi nyata.

“Selepas melalui beberapa percubaan, saya akhirnya berjaya dapat watak itu. Sudah tentu saya takut, maklumlah, Cinderella bukan calang-calang karakter.

"Apatah lagi, setiap individu ada persepsi tersendiri terhadap Cinderella, tidak kira sama ada dalam buku cerita mahupun filem animasi," katanya.

Lebih berbaloi, James berjaya meletakkan namanya dalam senarai A di Hollywood.

“Saya baca buku beberapa tokoh disegani dunia termasuklah Mahatma Gandhi yang dapat menangani kehidupan dengan cara saya tidak mampu.

“Jadi, demi memastikan watak Ella nampak realistik dan melekat di hati penonton, saya tidak kisah meletakkan lebih usaha kali ini," katanya.

Tidak berakhir di situ, James bijak mencuri perhatian ramai menerusi filem Pride And Prejudice dan Zombies dan terbaru bakal muncul dalam filem Baby Driver.

Menyifatkan lakonan dalam filem arahan Edgar Wright sebagai fasa baru dalam kariernya, James mengakui sudah lama impikan untuk bawa watak sedemikian.

"Karakter saya sebagai Cinderella adalah karakter yang diimpikan dari zaman kanak-kanak.

"Namun menerusi Baby Driver, saya juga sudah lama impikan bawa watak berbeza, yang menampakkan peralihan sisi matang dalam lakonan.

"Ia sesuatu yang kontemporari, di mana saya memperlihatkan sisi berlainan saya. Ia ibarat sebuah karya yang lebih segar pada tahun 2017," katanya yang membawakan watak pelayan bernama Deborah.

Tambah James, menerusi filem berkenaan, dia berpeluang mempelajari pelbagai perkara daripada Wright.

"Ia bukan hanya sebuah filem. Seperti mana yang saya katakan, ia sebuah peralihan. Saya berpeluang belajar banyak benda.

"Bukan sekadar lakonan, tapi lontaran suara dan banyak lagi. Ia jadi kenangan terindah buat saya dalam menimba pengalaman untuk menjadi pelakon yang lebih baik," ujar duta My Burberry Blush ini.

Berlagak diva?

Di sebalik usahanya mencipta nama dan pengalaman demi kariernya, timbul pula cerita kurang enak membabitkan wanita yang berasal dari Surrey, England ini.

Ada pihak menyifatkan James berlagak diva selepas nama sering menjadi pilihan penerbit filem.

"Saya tak tahu dari mana cerita ini bermula, tetapi ia agak lucu kerana saya masih berusaha mengatasi masalah gemuruh dalam diri saya.

"Malah saya juga diajar dan belajar menolak pelawaan orang lain jika saya tak mampu lakukan.

"Mungkin sebab itu orang lihat saya mula berlagak diva dan saya minta maaf andai ada pihak tidak selesa dengan sikap saya," jelasnya.

Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.