F Penyanyi Narathiwat, Ammy Fara Terkena Kejutan Budaya | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Penyanyi Narathiwat, Ammy Fara Terkena Kejutan Budaya

BEKAS peserta program D'Academy Asia 2, Ammy Fara dari Thailand, menjelaskan dia mengalami kejutan budaya apabila melihat pengikut di laman Instagramnya meningkat secara mendadak.

Ammy, 17, berkata ia meningkat sebanyak 1,000 setiap hari dan hanya sebulan sudah mencecah lebih 270 ribu selepas dia menyertai program realiti tersebut pada penghujung tahun lalu.

"Memang saya terkejut tiba-tiba tengok Instagram pengikut dah naik dengan cepat. Ketika saya berada dalam program nyanyian tersebut, boleh dikatakan setiap hari akan naik sebanyak 1,000 lebih.

"Dari hanya ada seribu lebih sehingga kini sudah mencecah 274 ribu pengikut yang sentiasa ingin tahu aktiviti saya di laman sosial.

"Boleh dikatakan saya terkena kejutan budaya apabila melihat ada peminat yang sanggup menunggu di lapangan terbang untuk bertemu dengan saya," kata Ammy.


Sementara itu, Ammy sanggup berulang-alik dari Thailand, Indonesia dan Malaysia demi mempromosikan lagu terbarunya, Yg Begini Ini Nie.

Tambah penyanyi yang berasal dari wilayah Narathiwat ini, ada kemungkinan besar dia akan menetap terus di Indonesia jika lagunya mendapat sambutan yang menggalakkan.

"Alhamdulillah, selepas tamat program tersebut saya diberi peluang untuk mengeluarkan single pertama saya. Buat masa sekarang ini, saya sudah mula mempromosikan di Malaysia juga Indonesia.

"Walaupun terpaksa berulang-alik dari Thailand, saya tak kisah asalkan lagu Yg Begini Ini Nie mendapat tempat di hati pendengar. Malah, pada minggu hadapan saya akan terbang ke Indonesia untuk promosi lagu tersebut.

"Memang ada perancangan untuk menetap di Indonesia memandangkan karier saya bermula dari sana. Tapi tengok pada sambutan macam mana," ujarnya.


ot;1" />
Powered by Blogger.