Berita Terkini
recent

Penyakit kencing tikus dihidapi Thaqif berbeza

Keluarga Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi ,11, akan meneliti semula laporan perubatan dan bedah siasat berhubung punca kematian pelajar tahfiz berkenaan sebelum menentukan sama ada akan meneruskan tindakan undang-undang atau sebaliknya.

Ibu saudara Allahyarham, Dzuraidah Ahmad, 38, berkata, tindakan selanjutnya hanya akan diputuskan ibu bapa Allahyarham dan peguam yang dilantik keluarga itu sebelum ini.

Katanya, dia bersama suami, Masariff Masduki, 43, mewakili keluarga Allahyarham hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi petang ini bagi mendengar penjelasan daripada doktor forensik yang melakukan pembedahan ke atas Mohamad Thaqif Amin.

"Sepanjang penerangan yang turut didengari ahli keluarga Allahyarham menerusi pembesar suara telefon bimbit, doktor forensik telah menerangkan secara terperinci mengenai kematian Mohamad Thaqif Amin yang berpunca dari kencing tikus yang dikesan di buah pinggangnya.

"Mengikut perbualan antara ibu Allahyarham dan doktor, ahli keluarga menerima penjelasan yang diberikan, namun tindakan selanjutnya ibu bapa dan peguam yang akan tentukan sebaik saya mengambil keputusan laporan bedah siasat itu di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru," katanya ditemui di perkarangan IPD Kota Tinggi di sini hari ini.

Menurut Dzuraidah, berdasarkan penerangan doktor, penyakit kencing tikus yang dihidapi Allahyarham adalah yang jarang berlaku dan tidak pernah dilaporkan di negara ini.

"Menurut doktor, kebiasaan kencing tikus akan dapat dikenal pasti dalam tempoh seminggu, namun berbeza bagi kes Allahyarham, ia menyerang bahagian kaki dan akhirnya virus itu dapat ditemukan di buah pinggang selepas pembedahan bedah siasat kali kedua dijalankan.
"Mungkin ini ada hikmahnya, penemuan terbaharu itu akan dapat membantu pasukan perubatan memahami penyakit kencing tikus seumpama itu pada masa depan," katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.