Berita Terkini
recent

Penunggang maut, motosikal 1000cc putus dua

Seorang penunggang motosikal maut dan motosikalnya terputus dua dalam satu kejadian kemalangan dengan sebuah lori ais di Kilometer 155 Jalan Kuantan - Johor Bahru sekitar jam 10 pagi, semalam.

Mangsa yang menunggang motosikal kuasa tinggi jenis 1000cc dikenali sebagai Abdul Jamil Abdul Jalil, 20, berasal dari Kampung Jawa, di sini, dan merupakan pelajar Kolej Vakasional Sultan Ahmad Shah (KVSAS), Rompin.

Difahamkan mangsa menunggang seorang diri dan dalam perjalanan untuk beraya di rumah rakannya di daerah itu.


Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd Noor, berkata, motosikal dan lori ais berkenaan dalam perjalanan dari arah sama iaitu dari Tanjung Gemok menuju ke arah Kuala Rompin.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada lori berkenaan yang sedang membuat pusingan U di lokasi yang merupakan kawasan jalan lurus.

"Mangsa yang menunggang motosikal kuasa tinggi dipercayai tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian hadapan sebelah kanan lori sebelum terbabas ke laluan bertentangan

"Mangsa kemudian melanggar tiang eletrik lalu masuk ke dalam parit sebelah kanan jalan menghala ke Kuala Rompin, mangsa telah telah meninggal di tempat kejadian," katanya kepada Sinar Harian.

Azli berkata, akibat kemalangan itu pemandu lori, 36 dan kelindan, 19, tidak mengalami kecederaan, bagaimana pun pemandu telah ditahan untuk siasatan lanjut.

"Sampel darah dan air kencing telah diambil untuk toxicology dan ujian saringan air kencing oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) akan dibuat," katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.