F Pensyarah maut akibat bahan kimia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Pensyarah maut akibat bahan kimia

Seorang pensyarah warga Iran meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) awal pagi semalam, dipercayai akibat  merkuri ketika berada di tempat kerjanya di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Seri Iskandar.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat dari Hospital Batu Gajah kira-kira jam 9.45 malam memaklumkan mangsa yang diberikan rawatan kecemasan berada dalam keadaan kritikal.

Menurutnya, lelaki berusia 41 tahun itu disahkan meninggal dunia jam 12.30 tengah malam ketika mendapat rawatan.



“Bedah siasat yang dijalankan hari ini (semalam) mengesahkan mangsa meninggal dunia disebabkan kerosakan organ dalaman akibat hakisan bahan kimia.

“Berikutan itu, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya dalam satu kenyataan ringkas, semalam.

Kelmarin, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar menerima maklumat berhubung kejadian tumpahan merkuri yang berlaku di sekitar koridor dan pejabat IPTS berkenaan pada jam 11.30 pagi.

Ketika tiba di lokasi, pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) memeriksa sekitar kawasan tersebut dan menemui kesan muntah bercampur bahan bersinar serta sebotol merkuri sulfat sebanyak 250 gram di rak pejabat tersebut dan membuat penandaan.

Anggota Hazmat bertindak mengambil sampel muntah serta botol berkenaan dan menyerahkannya kepada polis untuk dihantar ke Jabatan Kimia.
ot;1" />
Powered by Blogger.