F Penjelasan Tuan Kedai Ikat Tepi | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Penjelasan Tuan Kedai Ikat Tepi

Nampaknya semalam isu tentang tambahan harga ‘ikat tepi’yang dinyatakan di dalam sekeping resit dari sebuah restoranmenjadi viral di kalangan pengguna media sosial.

Oleh kerana 30 sen ramai yang tidakberpuas hati dan menganggap tindakan kedai makan tersebutmelampau dan tidak masuk akal.

Namun baru-baru ini pemilik restoran tersebut tampil dalam sebuahvideo dan menerangkan apakah sebenarnya yang telah terjadidan ingin memperbetulkan keadaan.

“Biar saya terang dan jelaskan supaya semua orang faham sebabdalam keadaan ekonomi sekarang, RM0.30 tidak membawa apa-apa nilai,” jelasnya dalam sebuah video berdurasi 2 minit.

Malah pemilik tersebut juga turut melakukan satu demostrasimenerangkan tentang kuantiti air yang dibungkus.
“Bukan apa, macam besar sangat isu RM0.30 yang ditambahpada satu bungkusan air, pada kami RM0.30 itu tidak ada apa-apa kerana kami telah memberi value yang lebih.

“Saiz yang besar dan limau yang lebih dan juga saiz air jadibanyak,” katanya.

Pemilik yang dikenali sebagai Anita ini juga menunjukanperbezaan kuantiti air selepas ia dicampurkan dengan ais batusebelum diikat tepi.

“Bezakan yang minum dengan yang bungkus. Jadi lihatlahperbezaannya. Jangan terlalu mudah untuk buat penilaian danmenjatuhkan orang lain. Tidak adillah pada kami,” katanya lagi.
Anita berharap agar netizen untuk memahami dahulu situasi inisebelum cuba menjatuhkan apa-apa hukuman terhadap apa yang dilihat.
ot;1" />
Powered by Blogger.